[untitled.bmp]

 

RED ALERT; Lamanweb Kampus Negara (www.kampusnegara.net) dan UPMKini (www.upmkini.blogspot.com) telah disekat oleh Azali di kawasan UPM bermula Mac 2007. Azali dengan rasa kecut dan tiada 'punai'nya, telah meloncatkan atau memindahkan kedua-dua lamanweb ini ke lamanweb rasmi UPM. Jika anda mahu melayari kedua-dua lamanweb ini, hendaklah pergi ke cybercafe MagnaSquare, Wawasan,  dan IT4U di Flat Sri Serdang, atau di mana-mana juga di muka bumi ini kecuali di dalam kawasan jajahan UPM.

 

Azali telah menyekat pengaksesan lamanweb ini. Sila maklum kepada semua umat manusia.

 

Jika lamanweb UPMkini diloncatkan ke lamanweb rasmi UPM, inilah kerja pengecut Azali.

Maka anda dicadangkan untuk memilih salah satu dari lamanweb dibawah.

 

UPMku

UPMtoday

UPMdeli

UPMparia

UPMhariini

UPMterkini

 

 

[zohadi.JPG]

 

[pic0030-1294.JPG]

 

Friday, April 27, 2007

Sah! Azali dilantik semula 2 tahun.


Menerusi surat lantikan semula daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia rujukan KPT.S(PT)7613/1/4(5) bertarikh 18 April 2007, sukacita dimaklumkan bahawa Y.B. Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik semula Yang Berbahagia Prof. Dr. Mohd Azali bin Mohamed sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia. Pelantikan ini adalah untuk tempoh (2) Dua Tahun berkuatkuasa mulai 16 Mei 2007 hingga 15 Mei 2009.

Sunday, April 22, 2007

Kami mahasiswa, biar kami yang tentukan siapa TNC kami.


Cakap-cakap dalam dan khabar angin mengatakan bahawa TNC HEPA UPM kini dilanda satu hambatan isu yang bakal menjejaskan reputasi beliau selaku orang kuat UMNO di dalam kampus UPM.

Mahasiswa-mahasiswi UPM kini sudah jemu dan jelik dengan apa yang telah dilakukan oleh Dr. Azali sepanjang tempoh pemerintahan.

Kini, tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh semua warga UPM untuk melakukan perubahan agar universiti ini mampu ditadbir oleh TNC yang adil dan berwibawa.

PMPUPM mendesak Naib Canselor UPM dan Menteri Pengajian Tinggi agar ditubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menjalankan pemilihan TNC di UPM yang dipilih oleh mahasiswa dan mahasiswi UPM setiap dua tahun sekali.

Dengan wujudnya pemilihan TNC ini, para mahasiswa secara adil dan bijak akan memilih TNC yang benar-benar boleh menjalankan tugas mereka selaku TNC berdasarkan imej calon TNC sebagai seorang pensyarah yang dihormati mahasiswa.

Biar mahasiswa-mahasiswi UPM yang menentukan halatuju UPM. Biar mahasiswa tentukan ke mana UPM ini hendak dibawa.
Kami mahasiswa, kami berhak.

Tuesday, April 10, 2007

Jadual tugas di Machap: Sila semak di manakah TNC anda!


Sejumlah 19 TNC dan Dekan HEP (sebenarnya seluruh urusetia HEP sendiri) dari universiti seluruh negara kini sudah menjadi sebahagian jentera kempen Umno-BN, dan ini dibuktikan dalam pilihan raya kecil Dun Machap, Melaka, bermula pada hari penamaan calon 3 April sehingga hari mengundi, Khamis 12 April nanti. Mereka bukan lagi berusaha menghalang pelajar-pelajar berkempen untuk calon pembangkang, tetapi bertindak proaktif menyokong calon BN, satu operasi yang begitu memalukan. ...lagi.

Wednesday, April 4, 2007

IPTA jadi perkakas BN di Machap: Ini buktinya!

Isu Umno memperalatkan urusetia hal ehwal pelajar (HEP) universiti tempatan bukan satu berita yang mengejutkan lagi. Sejak pegawai-pegawai kanan HEP seluruh IPTA diperbodohkan oleh Pemuda dan Puteri Umno,
dengan mengarahkan mereka ke mesyuarat khas di ibu pejabat Umno, Tingkat 38, Menara Dato' Onn, PWTC, pertengahan 2005,
maruah timbalan-timbalan naib canselor HEP bergelar Profesor dan Dato' jatuh menjunam.

....lagi.

Free Web Site Counters
StatS